Thursday 31 December 2015

Gaji Malaysia yang Tak Naik-Naik


Duit tak jatuh dari langit

Pernah tak terfikir, kenapa ada negara yang gaji pekerja diorang sangatlah tinggi, tapi ada negara lain pulak gaji diorang sangatlah rendah

Ambil contoh Bangladesh, kenapa diorang sanggup datang berkerja jauh-jauh kat Malaysia, sedangkan gaji yang dioffer kepada diorang kat Malaysia ni sangatlah rendah sehinggakan orang Malaysia sendiri taknak buat kerja-kerja tu, tapi diorang masih sanggup, sebab gaji yang rendah bagi Malaysia tu masih sangat tinggi bagi diorang

Duit tak jatuh dari langit, begitu juga gaji tak akan naik kalau hasil jualan syarikat sendiri tak naik, dan secara asasnya ada dua cara untuk hasil jualan syarikat naik:

i) higher demand
ii) higher price

i) Higher demand - debunking the myth of productivity

Orang suka bincang pasal produktiviti, terutamanya syarikat. Diorang suka bagi alasan cakap pekerja Msia produktiviti tak cukup bagus, sebab tu tak boleh bagi gaji tinggi. Malahan kalau tengok level produktiviti, US punya produktiviti 4 kali ganda drpd Msia, seolah-olah seorang pekerja US boleh buat 4 kali kerja orang Msia

Bullshit

Kalau korang faham macam mana sebenarnya produktiviti diukur, maka korang akan faham produktiviti is simply a ratio between demand and labour + capital. Dengan teknologi zaman sekarang, as long as u have higher demand, then you can invest on a much more efficient capital, hence improving your so-called 'productivity'

It's not so much about the 'labour productivity', it's about whether you have the demand to take up your production. So ultimately, it's about the demand.

Sebab tu Singapore punya produktiviti mengalahkan US dan Jepun, sebab population diorang sangat sikit, tapi demand diorang agak tinggi (rendah sikit je dari Malaysia)

So.... why is Malaysia 'productivity' so low?

Sebab kita punya produk tak 'highly demanded' oleh negara-negara lain. It's as simple as that. Singapore punya produk pun sebenarnya tak adalah highly demanded (in fact value added exports diorang lebih kurang teruk macam Malaysia gak). Tapi relatively, demand untuk produk diorang lebih kurang macam kita, dan disebabkan kita diorang punya penduduk jauh lebih sikit daripada Malaysia, maka jadilah diorang punya 'produktiviti' sangat tinggi. It's just a trick with the number, not really so much that Singapore is so great.

Jadi macam mana untuk jadikan gaji penduduk Malaysia lebih tinggi?

Ianya adalah dengan menghasilkan produk-produk yang 'highly demanded' oleh seluruh dunia. Sebab tu research and innovation adalah sangat penting. Tapi disebabkan semua masalah-masalah korupsi, masalah peluang yang tidak cukup luas, masalah orang-orang Malaysia yang lebih sukakan 'easy money' (import barang dari China, jual kat Malaysia, contohnya), maka jadilah kita tak akan boleh menjadi negara yang memberi gaji yang tinggi kepada pekerja-pekerjanya.

ii) Higher price - why country with higher wages will have very expensive services industry

Jadi, bila demand untuk produk-produk kita sudah jauh lebih tinggi daripada bilangan pekerja yang boleh diperolehi, maka akan tiba masa di mana mesin akan menggantikan manusia. Di saat itu manusia-manusia yang masih berkerja dalam bidang penghasilan (manufacturing industry) akan semakin sikit tapi diberi gaji yang jauh lebih tinggi. Manakala yang lain akan mula berkerja di dalam services industry, memberikan khidmat yang terbaik tapi pada masa yang sama mengenakan caj yang tinggi. Sebab itulah harga gunting rambut di United Kingdom boleh mencecah RM70 (kalau convert).

Tapi Malaysia? Walaupun kita cuba untuk berubah kepada services industry, tapi kerajaan kita dengan bijaksana pergi import pekerja-pekerja asing beramai-ramai, maka jadilah di dalam services industry pun (waiter, security, dll) dipenuhi dengan pekerja-pekerja asing yang murah. Sebab tu walaupun kita dah menjadi lebih services oriented industry, gaji kita masih tak naik-naik melainkan untuk sesetengah industri yang tak ada pekerja asing seperti industri kewangan.


Betul ke?

Tak percaya? Cuba tengok negara-negara yang gaji diorang antara tertinggi di dunia.

Switzerland:
Produk - Nestle
Cost of Living - Highest in the world

United States:
Produk - Apple
Cost of Living - Average harga gunting rambut $28 (RM120)

Australia:
Produk - Emas
Cost of Living - 5 highest in the world

Nampak tak?

Maka masalah utama dengan gaji di Malaysia bukan masalah corruption, bukan masalah currency, bukan juga masalah produktiviti.

Masalahnya adalah kita tidak mempunyai produk yang betul-betul 'highly demanded' oleh negara-negara lain, dan kita ada terlalu banyak 'foreign labour'. Hasilnya, syarikat tak ada insentif untuk melabur di dalam peralatan yang lebih efisien (yelah, cheap labour ada, demand pun tak tinggi mana, jadi buat apa labur peralatan mahal-mahal), manakala services industry kita terus ditekan.

Nak ada produk yang 'highly demanded' = kita kena invent benda
Nak ada services industry yang bergaji tinggi = kita tak boleh ada foreign labour


Maka salah siapa?

Salah syarikat yang tidak mempunyai cita-cita tinggi?
Salah orang-orang kaya Malaysia yang tidak melabur untuk research and innovation, tapi duk sibuk melabur dalam hartanah? (dah lah tak tolong orang lain untuk jadi lebih kaya, menyusahkan orang dengan jadikan harga rumah mahal pulak tu)
Salah kerajaan yang tidak memberi insentif yang lebih untuk kemunculan industri-industri inovasi?
Salah kerajaan yang terus menerus mengambil pekerja asing yang murah?


Tentukanlah sendiri. Sekadar persoalannya, sampai bila kita nak menyalahkan orang lain? Tapi juga apa yang kita boleh buat untuk tukar situasi ni?

p/s: ada sesiapa boleh jelaskan semua penjelasan di atas melalui teori-teori ekonomi yang dah berkurun lamanya?

2 comments:

  1. Saya setuju dgn tuan. The culprit is employers, mainly employers. Cuma ada mismatch. Yg bijak dpt menghasilkan produk berkualiti, tak de modal, utk buka syarikat , then jadi employers. Sebaliknya, yg low innovation minded adalah yg berduit utk buka syarikat. Di Usa, apple di terajui oleh ceo nya yg highly innovatif. Bidang saya servis industry. What is your bidang. I call it service innovation to uplift our economy. SI is lacking, that is why kalau nothing is done, 10 tahun lagi, gaji tak naik lah. Kita bising mcm tin kosong. But what can we do? Ngo, bengkel, panggil epu, majikan semua? What????

    ReplyDelete