Sunday 9 April 2017

Politik Berpolisi yang Tidak Wujud di Malaysia


Baru-baru ni ada seorang ahli parti politik bertanyakan aku, "apa pendapat aku kalau pihak pembangkang mencadangkan untuk meletakkan  harga siling bagi RON95". Bermaksud jika harga lebih daripada yang ditetapkan, maka kerajaan akan memberikan subsidi manakala jika kurang pula, harga RON95 juga akan turut jatuh.

Secara jujurnya, ianya cadangan yang baik dan munasabah. Ianya menjadi lebih baik lagi jika harga siling itu hanya khusus untuk RON95 (tidak untuk diesel dan RON97). Dan lebih cantik pula kalau ianya subsidi bersasar i.e. hanya untuk mereka yang berpendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan (isi rumah ye, bukan individu). Tapi itu bukan jawapan yang aku berikan.

Aku hanya memberi jawapan "ianya subjektif, bergantung kepada pendirian parti politik korang".

Kenapa? Aku menyokongnya sebab mengikut hasil ujian yang aku ambil, aku memang cenderung ke arah berpendirian 'social democracy'. Iaitu bahasa mudahnya aku memang cenderung ke arah kebajikan rakyat dipelihara kerajaan di dalam kerangka sistem ekonomi kapitalis. Tapi hakikatnya it'll come with a cost. Atau bahasa ekonominya kitorang panggil opportunity cost. Jadi ianya sepatutnya bergantung apakah pendirian ekonomi parti politik beliau.

Ianya tidak munasabah apabila parti politik itu sangat menyokong untuk kerajaan berbelanja itu ini demi kebajikan rakyat, tapi pada masa sama akan mengkritik dengan keras berkaitan hutang kerajaan atau cukai GST (rasanya yang follow aku memang tau yang aku memang penyokong cukai GST).

(kepada yang nak cakap kerajaan banyak habis duit dekat benda-benda macam 1MDB, boleh tengok dulu post lama aku di sini: duit kerajaan tidak jatuh dari langit)

p/s: screenshot result political spectrum ku hasil aplikasi 'Vote 1'

Spektrum Politik yang Hilang di Malaysia

Di dalam spektrum politik, ada dua klasifikasi yang paling biasa dilakukan untuk membezakan pendirian satu parti politik kepada parti politik yang lain, iaitu 'left' and 'right'. Dan dua isu utama yang biasa menggunakan klasifikasi ini adalah isu kebebasan dan ekonomi.

Semakin seseorang tu menyokong freedom of speech, freedom of act etc3, semakin dia berada di dalam posisi 'left' di dalam spektrum kebebasan. Berbeza pula dengan ekonomi. Semakin dia sokong dengan idea 'free market' dan 'capitalism', semakin dia berada di kedudukan 'right'. Jadi yang 'popular' di media dan pendidikan barat zaman sekarang adalah 'left' bagi freedom dan 'right' bagi ekonomi.

Trump contohnya, memandangkan dia mengatakan tidak kepada multiculturalism dan sangat berpihak kepada white supremacy, maka jelas dia merupakan 'right' di dalam freedom. Tetapi untuk isu ekonomi pula, dia ingin meletakkan sekatan di dalam perdagangan antarabangsa dan ingin meningkatkan perbelanjaan infrastruktur yang menunjukkan seolah-olah dia lebih kepada 'left', tetapi pada masa sama ingin memotong cukai dan melakukan deregulation seperti dia berada di kedudukan 'right'.

Dengan kata lain, dalam polisi ekonomi dia hanyalah seorang populis. Yang mencampur adukkan spektrum 'left' dan 'right'.

Aku setuju bahawa kita tidak boleh menyempitkan pemikiran kita kepada klasifikasi sebegini. Malahan aku sendiri kalau ditanya samada aku lebih kepada 'left' atau 'right' di dalam isu ekonomi, jawapan aku bergantung (walaupun hasil ujian spektrum menunjukkan aku cenderung ke arah 'left'). Ada masanya government intervention itu perlu, ada masanya government intervention itu menerukkan keadaan. Ianya seperti samada adakah perlu traffic light dan roundabout diletakkan di jalan raya. Ada masa ianya perlu, ada masa ianya menerukkan keadaan.

Tapi, berpendirian populis adalah satu masalah yang lain. Kerana ianya tidak sustainable.

Duit Tidak Jatuh dari Langit

Seperti di dalam post aku sebelum ini, duit itu tidak jatuh dari langit. Jika kerajaan ingin berbelanja, maka duit tersebut perlu datang daripada mana-mana. Kerajaan bukannya boleh print duit sesuka hati untuk dibelanjakan.

Sebab tu biasanya mereka yang berpendirian ekonomi spektrumnya 'left' i.e. suka kalau kerajaan memberikan pelbagai jenis manfaat untuk rakyat, maka pada masa sama dia perlu menerima untuk kerajaannya mengenakan cukai yang tinggi atau akan mengalami tahap hutang kerajaan yang tinggi, sebab itulah kosnya. Manakala jika dia berpendirian 'right', maka dia akan menentang segala jenis cukai tapi pada masa sama juga tidak akan menyokong pelbagai jenis subsidi daripada kerajaan termasuk subsidi minyak, kerana itu jugalah 'kos' untuk tidak perlu membayar cukai.

Inilah pandangan mereka yang berpendirian ekonomi yang jelas. Yang celik ekonomi. Tetapi malangnya ianya tidak berlaku di Malaysia.

Parti politik berpendirian populis, yang mana rakyat suka, yang itulah yang dia akan perjuangkan. Manakala rakyat pula berpendirian selfish, yang mana untuk kebaikan aku, aku suka. Macam mana kerajaan nak bagi apa aku nak, aku tak peduli. Itu kerja diorang.

Sedih sebenarnya. Sebab ianya bermaksud kita akan terus menerus diberikan janji-janji palsu oleh parti politik. Sebab hakikatnya ianya tidak munasabah untuk mencampur adukkan spektrum 'left' and 'right' tersebut.

Subjek Ekonomi Wajar Menjadi Subjek Wajib di Sekolah

Baru-baru ni aku ada menemani isteriku untuk membeli buku-buku untuk sekolahnya. Terjumpalah aku dengan satu buku ekonomi tingkatan 5. Tak tahulah siapa yang membuat silibus tersebut, tetapi jujurnya aku agak kagum.

Kandungan buku ekonomi sekolah menengah sekarang sangat baik, malahan ada terlintas ianya seperti lebih baik pun daripada silibus ijazah sarjana muda di universiti. Sekurang-kurangnya setakat apa yang aku tengok lah. Ianya praktikal, banyak mengaitkan dengan keadaan ekonomi di Malaysia. Dan ianya sangat boleh memberikan asas kefahaman yang jelas berkaitan ilmu ekonomi untuk orang awam.

Menjadikan aku terfikir.... Kan bagus kalau semua rakyat Malaysia sekurang-kurangnya memahami ilmu-ilmu ekonomi di dalam buku ni. Tidaklah mereka akan terus diperbodohkan oleh mana-mana parti politik sekalipun. Terus menerus diberikan janji-janji palsu yang kalau mereka menjadi kerajaan janji-janji itu adalah mustahil untuk dilaksanakan. Tidaklah bila mereka mendengar hutang kerajaan sekarang berjumlah RM655,700,000,000.00 akan terus melompat dan melatah terkejut.

Tapi yelah, kesian budak zaman sekarang dah kena belajar sangat banyak subjek, aku nak tambah lagi beban diorang. Tapi jujurnya ilmu sains sosial adalah ilmu yang lebih senang untuk dihargai dan diaplikasikan daripada ilmu sains.


Fokus Politik Malaysia yang Hilang



Semakin hari semakin hilang minat terhadap politik Malaysia. Parti-parti politiknya tidak mempunyai arah tuju yang jelas. Yang tahu PAS nak bawa hudud, dan tidak ada tolak ansur dalam isu ni sehingga membawa perpecahan dengan parti-parti lain. PKR? Dari dulu sampai sekarang aku tak tahu apa yang menjadikannya berbeza dengan kerajaan sekarang, dulu aku sangkakan diorang sekurang-kurangnya tidak akan ada korupsi. Tapi selepas apa yang aku dengar-dengar terutamanya yang berlegar di kawasan Selangor, rasa macam tak ada beza pun.... DAP? Intellectual wise rasanya diorang yang antara paling ke depan, tapi dari segi pandangan polisi ekonomi tu sama je masih mencampur adukkan spektrum 'left' and 'right' a.k.a populis.

Bersatu? Umum tahu ianya parti yang wujud disebabkan tidak setuju dengan Najib. Dengan kata lain ianya adalah kelompok Umno yang tidak setuju dengan Najib. Maka polisinya hanyalah anti-Najib dan mungkin juga anti korupsi serta 1MDB. Noktah. Amanah? Sama macam PKR, aku tak nampak apa pendirian polisi yang dibawa yang menjadikannya berbeza daripada yang sedia ada. Mungkin boleh dikatakan PKR versi Islamis. Pada asalnya aku sangat mengharapkan Amanah akan menjadi parti yang intellectualnya setaraf DAP, tetapi mempunyai pendirian polisi yang jelas i.e. yang mana kerajaan buat dan selari dengan pendiriannya disokong manakala mana yang salah ditentang. Tetapi hari demi hari.... ahlinya hanya peduli pasal nak menembak PAS. Kenyataan medianya pula sentiasa ingin mencari kesalahan kerajaan i.e. populis.

Sudah lah.

"Great minds discuss ideas; average minds discuss events; small minds discuss people"
- Eleanor Roosevelt -

2 comments:

Armilde said...

Credit offer with only insurance coverage.
Hello, I give loans Financial, Loan, Investment loan, Loan, Personal loan. I am available to satisfy my clients in a maximum duration of 3 days following receipt of your application form: matti.randoja @ yandex.com

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.